Saturday, 7 March 2015

RESEPI SUP TULANG ALA MAMAK




Bahan A :
1 kg tulang lembu
2 sudu makan minyak masak
3 sudu makan rempah sup @ rempah kurma ( bancuh dgn air )
4 biji kentang (potong 4 )
1 batang lobak merah ( potong kecil )
2 batang seri ( diketuk )
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
1 pokok daun sup
Sedikit bawang goreng ( jika perlu )
Air secukupnya

Bahan B :
7 biji bawang merah ( hiris )
3 ulas bawang putih ( hiris )
1 1/2 inci halia ( hiris)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara membuat :

Tulang lembu dipotong kecil, basuh & tos.
Masukkan semua bahan A kecuali daun sup dan bawang goreng ke dalam periuk dan masakkan sehingga daging lembut.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B ke dalam rebusan tulang dan masakkan sehingga mendidih. Tutupkan api.
Taburkan daun sup dan bawang goreng kemudian hidangkan.