Tuesday 17 March 2015

KISAH ARAI & SHOEI

heLmeT !!! 







































Apa yang anda tahu tentang helmet? Bila bawak motor kena pakai helmet sebab takut kena saman dengan pakcik ( polis / JPJ ) nanti. Tak pasal-pasal duit terbang nanti.

Kenapa orang ramai selalu mempertikaikan harga helmet import ARAI SHOEI  ni mahal sangat ? Minat dan hobi mengatasi segalanya brO & siStO !!! Kenapa ada orang beli kereta Ferrari sedangkan kereta kancil pon ada. Kena langgar pun kemek jugak kereta tu kata mereka ... kalau naik Ferrari tak mati ke bila kemalangan? Bukan macam tu, ajal & maut di tangan Allah ... bila dah ditentukan masa, tempat dan apa jua keadaannya, tak ada siapa boleh halang.Tapi ini cerita tentang 'helmet mewah', itu kenalah kalian semua baca buku sejarah tentang harga helmet ARAI SHOEI ni dan boleh buat kajian sendiri. Semua dengan prinsip penerimaan masing-masing dan tidak boleh juga menidakkan ketaksuban orang lain.Lain padang lain belalangnya. Anak-anak muda sekarang kini bertukar arah membeli dan mengumpul helmet ARAI & SHOEI dan masing-masing begitu bangga dengan apa yang dimiliki dan ini adalah kebenaran dan kenyataan.


Kalau seseorang teruna ingin meminang si dara pilihan, mesti dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gadis pilihannya itu. Peminat helmet import ini pulak sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi impian diri sendiri. Untuk mendapatkan sebiji helmet ini memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 ke atas (bergantung kepada condition dan market helmet tersebut). Macam-macam cara, janji dapat walaupun ada segelintir 'tungau'  yang sanggup mendapatkan helmet ini dengan cara yang tak betul dan salah di sisi undang-undang dengan mencuri, menyamun dan merompak pemilik helmet lain. Pernah juga berlaku kejadian parang di leher semata-mata perompak itu mahukan helmet tersebut. Nyawa atau helmet yang jadi taruhan!


Asal Usul ARAI 

Arai telahpun dicipta pada tahun 1937 oleh pencipta daripada Jepun iaitu HIROTAKE ARAI. Dan selepas kematian beliau telah digantikan oleh anaknya sendiri iaitu MICHIO ARAI dan sehingga sekarang arai masih berkembang maju dengan cucunya yang mengambilalih perniagaan datuknya iaitu AKIHITO ARAI. Syarikatnya kini dikembangkan ke Eropah kerana seluruh negara telah memberi tindakbalas yang positif daripada seni pembuatan tangan ini . Boleh dinyatakan bahawa 50% setiap pelumba Formula 1 mengunakan helmet ARAI bagi suit yang lengkap dengan sistem keselamatan dan kestabilan untuk bertindak menjaga kepala seseorang pelumba tersebut . 

Kelebihan ARAI Helmet 

Arai dicipta dengan penuh ketelitian daripada seorang pekerja yang mahir , boleh dikatakan 100% setiap pembuatan kerangka arai helmet ini diperbuat daripada hasil tangan pekerja yang mahir . Langkah dalam pembuatan helmet arai ini mempunyai 27 langkah kesemuanya dan setiap langkah memerlukan ketelitian yang sempurna bagi menghasilkan kerangka helmet yang terbaik . Untuk menyiapkan sebiji arai helmet ini memerlukan masa selama 18 jam bagi menyiapkan sepenuhnya termasuklah pengujian . Setiap snell yang telah dikeluarkan akan mempunyai tandatangan(signature) hasil daripada pekerja yang telah membuat helmet tersebut . Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti pekerja yang membuatnya dan sebarang masalah selepas pemakaian helmet ini boleh merujuk pada pembuat helmet itu sendiri . Kilang arai juga menerima tempahan design-design tersendiri daripada customer termasuklah design limited daripada pelumba-pelumba permotoran . Untuk arai , ia memiliki warranty atau gantirugi semula selama 5 tahun daripada tarikh pembuatan arai tersebut . Sekiranya terdapat sebarang crack atau retak , patah dan sebagainya dalam masa 5 tahun , pembeli boleh menghantarnya kepada penjual atau direct terus kepada supplier bagi mendapat pembaikian atau pertukaran dengan item yang baru . Setakat ini , arai masih berada dalam Top ONE bagi kualiti helmet yang terbaik dan sentiasa mendapat tempat pilihan hati kepada rider dan juga peminat sukan permotoran dunia . 


Senarai Harga Helmet Semasa Pasaran Malaysia/Singapore 2014
Credit to " Peminat arai & shoei "

LIST PRICE FOR ARAI AND SHOEI IN 2014 (UPDATED 9/2/2014)

**p/s : harga MENGIKUT KEHENDAK SELLER DAN OWNER HELMET itu 
sendiri untuk menjual berapa nilainya . Condition harga dibawah adalah 
condisi 9.5/10 dan ke atas . 

Update the latest price for ARAI (Ringgit Malaysia)

--- ARAI RAMIII (Secondhand) ---
Arai RAMIII Gauloises Biru - RM8,000
Arai RAMIII Okada Merah –RM6,500
Arai RAMIII Okada Biru – RM5,000
Arai RAMIII Okada Putih – RM3,200
Arai RAMIII Taira Biru Limited - unknown estimate around RM6,000 - RM8,000
Arai RAMIII Taira Kuning - unknown estimate around RM5,000
Arai RAMIII Taira Merah – RM2,600
Arai RAMIII Kodo – RM7,000
Arai RAMIII Nakano – RM6,500
Arai RAMIII GO GO - Unknown
Arai RAMIII Ikan Koi Putih Miglia - RM4,200
Arai RAMIII Ikan Koi Hitam & Putih Biasa - RM2,800
Arai RAMIII Riptide All Colour - RM1350 (NOS - RM2,400)
Arai RAMIII Stella All Colour - RM1150 (NOS - RM1,700)
Arai RAMIII Crank All Colour - RM1,100
Arai RAMIII Malibu Blue - RM1,900
Arai RAMIII Nankai All Colour except Yellow & Red - RM1,400
Arai RAMIII Nankai Red – RM1,700
Arai RAMIII Nankai Yellow – RM1,900
Arai RAMIII Speedking All Colour - RM2,500
Arai RAMIII Speedking Kuning & Biru - RM3,500
Arai RAMIII Aoyama – RM2,000
Arai RAMIII Spencer - RM2,200
Arai RAMIII Schwantz - RM2,200
Arai RAMIII Flat Blue - RM2,500
Arai RAMIII Stout 23 - RM2,350
Arai RAMIII Streetline 56 – RM2,600
Arai RAMIII Intercolor - unknown
Arai RAMIII Carlhg Mamola – unknown
Arai RAMIII KTM Duke – unknown

--- ARAI RAMIV (Secondhand) ---

Arai RAMIV Flat Blue - RM1,700
Arai RAMIV Haga Monza - RM1,700
Arai RAMIV Hayden Star – RM1,850 secondhand – RM1,600
Arai RAMIV Russell – RM1,900 (NEW) secondhand – RM1,750
Arai RAMIV Doohan - RM1,800 (NEW) secondhand - RM1,600
Arai RAMIV Yellow and Red - RM1,700 (NEW) secondhand – RM1,350
Arai RAMIV White and Black - RM1,600 (NEW) secondhand – RM1,150
Arai RAMIV Silver and Grey - RM1,600 (NEW) secondhand – RM1,250


Update the latest price for SHOEI (Ringgit Malaysia)

--- Shoei J-FORCE II (Secondhand) ---
J-Force II Hitam - RM2,050
J-Force II Silver – RM2,450
J-Force II Grey – RM2,550
J-Force II Putih – RM2,100
J-Force II Putih Mutiara - RM2,200
J-Force II Maroon - RM3,500
J-Force II Biru - RM3,700
J-Force II Kuning - RM4,300
J-Force II Oren – RM8000 (NOS) secondhand RM5,000
J-Force II Jack Hitam – RM4,900
J-Force II Jack Silver – RM6,000
J-Force II Jack Biru – RM7,000
J-Force II Jack Grey - Unknown estimate around RM22,000 – 4-5 biji --
J-Force II Jack Putih – Unknown estimate around RM17,000 – 4-5 biji --
J-Force II Jack Merah - estimate around RM40,000 – 3-4 biji --
J-Force II Jack Kuning - estimate around RM26,000 – 4-5 biji --
J-Force II Kenny Robert – RM6,500
J-Force II Factory Kuning – RM7,500
J-Force II Factory Biru – RM11,000
J-Force II Factory Merah - RM7,000
J-Force II Factory Silver – RM6,000
J-Force II Factory Grey – RM8,600
J-Force II Team Yamaha Racing (TYR) Biru – RM12,000
J-Force II Team Yamaha Racing (TYR) Merah – RM10,500
J-Force II Team Yamaha Racing (TYR) Merah (NOS) - RM13,000 
J-Force II Team Honda Hitam - RM2,000
J-Force II Team Honda Putih - RM2,100

--- Shoei J-Stream (Secondhand) ---
J-Stream Yamaha Biru - RM4,500
J-Stream Yamaha Merah – RM4,000
J-Stream Yamaha Silver - RM3,200
J-Stream Polaris Merah - RM3,000
J-Stream Polaris Biru - RM3,000
J-Stream Polaris Kuning – RM5,000
J-Stream Polaris Grey - unknown estimate RM5,000 - RM10,000 
J-Stream Polaris Hitam – RM2,450
J-Stream Polaris Putih – RM2,500
J-Stream Honda Merah - RM2,000
J-Stream Honda Silver - RM2,000
J-Stream Amo Hitam - RM1,550
J-Stream Amo Putih - RM1,600
J-Stream Couture - RM1,600

--- Shoei J-Force III (Secondhand) ---
J-Force III Hitam dan Putih - RM1,200
J-Force III Grey dan Silver - RM1,250
J-Force III Biru – RM1,500
J-Force III Maroon - RM1,300
J-Force III Surge - RM1,500
J-Force III Brave - RM1,550
J-Force III Blitzer - RM1,550
J-Force III Honda Merah – RM2,000
J-Force III Honda Putih – RM1,750
J-Force III Lubla - RM1,450
J-Force III Ring - RM1,450
J-Force III Gold - Unknown estimate RM15,000 - RM20,000

--- Shoei J-Cruise  ---
J-Cruise Plain – RM1,600 (NEW)
J-Cruise Zulfahmi 63 – RM1,588 (launched) 
     – now RM4,000 , RM6,000 , RM11,000 . 

..................................................................................................................






CONTOH PERGIRAAN SUSUTNILAI SAIZ 

CARA SUSUTNILAI HELMET BAGI BERSAIZ BESAR DAN UP-HARGA HELMET YANG BERSAIZ KECIL. KEBANYAKKANNYA PERMINTAAN DARIPADA SAIZ KECIL ADALAH LEBIH RAMAI DARIPADA PERMINTAAN DARIPADA SAIZ BESAR. ITU MENYEBABKAN HARGA HELMET SAIZ KECIL (S) ADALAH LEBIH MAHAL BERBANDING DENGAN SAIZ BESAR (XL, XXL, XXXL)

Admin "Peminat Arai & Shoei" hanya meng’update’kan jenis-jenis helmet yang mempunyai demand yang tinggi sahaja daripada pengguna . Helmet selain daripada yang tertera boleh usha di dalam “mudah.my” kerana berkemungkinan helmet tersebut masih mengeluarkan yang terbaru atau terlalu lama yang tiada permintaan daripada pengguna . Untuk pengetahuan , semua nilai helmet akan berubah bergantung kepada saiz dan condition helmet dan bergantung kepada owner sendiri untuk NILAI BARANGAN MEREKA.


Untuk SHOEI 

1. Helmet saiz kecil (S) akan meningkat kepada 8% daripada asal . 
       Contohnya Shoei J-Force II Jack Biru 
        : 8%/100 x RM 5,000 = RM400 + RM5,000 (harga asal) 
        = RM5,400 

   2. Helmet saiz besar (XL & XXL) akan menyusut nilai dalam 25% 
       daripada harga asal . 
       Contohnya Shoei J-Force II Jack Biru 
        : 25%/100 x RM5,000 = RM1,250 – RM5,000 (harga asal) 
        = RM3,750 

Untuk ARAI 

1. Helmet saiz kecil (S) akan meningkat kepada 8% daripada asal . 
       Contohnya Arai Ram III Aoyama
        : 8%/100 x RM 2,400 = RM192 + RM2,400 (harga asal) 
        = RM2,592 

   2. Helmet saiz besar (XL & XXL) akan menyusut nilai dalam 25% 
       daripada harga asal . 
       Contohnya Arai Ram III Aoyama 
        : 25%/100 x RM2,400 = RM600 – RM2,400 (harga asal) 

        = RM1,800 


RANKING TOP 10 HELMET TER'RARE' DI MALAYSIA/SINGAPORE 
ARAI DAN SHOEI 

Tempat Pertama : 1st : Shoei J-Force II Jack Merah
Tempat Kedua : 2nd : Shoei J-Force II Jack Kuning
Tempat Ketiga : 3rd : Shoei J-Force II Jack Putih 
Tempat Keempat : 4th : Shoei J-Force II Jack Grey
Tempat Kelima : 5th : Shoei J-Force II Team Yamaha Racing Biru 
Tempat Keenam : 6th : Shoei J-Force II Team Yamaha Racing Merah 
Tempat Ketujuh : 7th : Shoei J-Force II Factory Biru    
Tempat Kelapan : 8th : Arai RamIII Gauloises Limited Edition
Tempat Kesembilan : 9th : Shoei J-Force II Factory Grey
Tempat Kesepuluh : 10th : Arai RamIII Kodo


Sekarang 2015, berapakah nilai helmet terkini? 
tunggu dan lihat ...

⬇️⬇️⬇️ PLS CLICK  ⬇️⬇️⬇️

 https://farahrenee87-.yezza.store/ 
https://farahrenee87-.yezza.store/ 
https://farahrenee87-.yezza.store/ 

2 comments: