Friday, 6 March 2015

INFUSED WATER

Infused water sangat bagus untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Ia merupakan satu alternatif bagi mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan di dalam minuman.


1. Strawberi dan kiwi
    - Untuk kesihatan kardiovaskular, menguatkan sistem kekebalan, menurunkan gula darah, dan melancarkan pencernaan.

2. Teh hijau + daun pudina + limau nipis
    - Sesuai untuk pembakaran lemak, meningkatkan metabolisma, melancarkan pencernaan, mengurangkan sakit kepala, mengatasi susah buang air besar, dan menjaga kesihatan pernafasan.

3. Timun + limau nipis + lemon
    - Bermanfaat untuk mengatasi kembung perut , mengawal nafsu makan, mengatasi dehidrasi, dan menjaga kesihatan pencernaan.

4. Lemon+limau nipis
    - Manfaatnya sebagai sumber vitamin C dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh.